Apakah personaliti anda?


Ada pelbagai ujian tentang personaliti di internet, ada antara anda yang mungkin pernah belajar tentang personaliti di kursus kerja dan sebagainya. Jika anda mengaplikasikannya adalah mudah untuk anda memahami seseorang dan berinteraksi agar anda mudah difahami atau mesra dengan orang lain - bukan sahaja untuk kerja tapi dengan pasangan anda.

Terdapat 4 personaliti asas:
1) Merah (task oriented/outgoing)
Merah adalah mereka yang tegas, tidak ingin tahu tentang maklumat terperinci sesuatu tetapi fokus kepada outcome,tidak suka buang masa, pasti dan yakin dengan perkara mereka mahukan, tidak ramai kawan
2) Hijau (task oriented/reserve)
Anda seorang yang suka meneliti, kemas, suka mengikut prosedur, perlukan maklumat penuh sebelum membuat apa2 pilihan, lebih bersikap suka sendirian, punctual
3)Biru (people oriented/outgoing)
Anda seorang happy go lucky, pelupa, cepat mesra, pandai memberi motivasi, tidak suka duduk diam, suka berjenaka, sifat ingin tahu,pemaaf
4) Kuning (people oriented/reserve)
Anda seorang pendamai, tidak suka konflik, sensitif, sukar buat keputusan, baik hati, suka membuat orang selesa dengannya

APAKAH PERSONALITI ANDA?
HIJAU - ALBERT EINSTEIN, BILL GATES
MERAH - DONALD TRUMP, MARK ZUCKERBERG
BIRU - LADY GAGA, WALTER DISNEY
KUNING - PRINCESS DIANA, BONO

Seseorang akan mempunyai 1 perangai dominan, contohnya seorang berperangai 'hijau' diikuti dengan  perangai 'kuning'. Anda boleh cari maklumat lanjut tentang 4 jenis personaliti dan 16 jenis personaliti untuk ketahui dengan mendalam. 

Terdapat pelbagai ujian personaliti di internet yang anda boleh cuba untuk ketahui lebih lanjut tentang diri anda jika anda tidak pasti tentang personaliti anda. Tetapi cari mudah ialah dengan perhatikan mereka sekeliling atau melihat mereka yang anda kenal dengan baik (ahli keluarga, rakan baik). Bila anda boleh bezakan, anda boleh memahami perangai mereka dan berhubung dengan mereka sekeliling anda dengan lebih bagus.

Maklumat tentang personaliti dan ujian terdapat dalam kelas Secrets to Finding Mr Right.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan