Tanda-tanda seorang penipu/manipulator


Macam mana nak kenal seorang manipulator/penipu - supaya anda tak tertipu and get swept away by a nutcase... Ini from my observation dengan orang I jumpa dan maklumat yang I dapat dari orang - orang (lelaki & perempuan) bercerita tentang pengalaman mereka:

1. Mereka nampak atau macam biasa saja. Kalau dari segi fizikal kebanyakkan berpakaian kemas.
2. Mereka akan sangat cepat mesra.
3. Mereka akan mendapat kepercayaan anda pada mulanya. Jika mereka pinjam wang, pada mulanya mereka membayar kembali, jika janji mereka akan tepati.
4.Kebanyakkan smooth talkers, selalu ada jawapan, mungkin anda rasa seperti mereka menarik - tu yang ramai perempuan yang kurang berpengalaman berkawan dengan lelaki jenis macam ni tertipu.
5. Tak pernah salah mereka. Selalu cari sesuatu untuk disalahkan/sebab.
6. Mungkin cepat ingin berkahwin, membeli rumah, kereta dengan anda. Dia akan cepat beritahu dia cintakan anda atau andalah soulmate dia.
7. Akan gunakan "simpati". Mereka akan buat anda berasa kesian dengan keadaan mereka (keluarga, kewangan, kerja, dll). Tetapi bila masa untuk mereka berasa kesihan, mereka kurang menunjukkan simpati.
8. Buat anda rasa ' too good to be true' samada dalam business dealings/relationship.
9.Ego terlebih, kadang2 tak kena tempat.
10. Selalunya tidak punya kawan kalau ada they are not real friends, usually kawan mereka adalah kawan by association. Mereka akan berkawan kalau dia memerlukan sesuatu dari you (duit, kenderaan - tumpang/pinjam,menjadi partner business dll.)
11. Bila sudah berkenalan, anda akan sedar perangai dia berubah-ubah. Satu hari andalah orang terbaik di dunia dan besok anda kejam kerana tidak membantu dia kerana sesuatu
12. Mereka cuma akan berterima kasih bila anda membantu mereka dengan sesuatu mereka mahukan. Selalunya mereka akan membuat anda lakukan perkara untuk keuntungan mereka.
13. Kononnya supportive dengan anda walhal dibelakang anda dia mempunyai matlamat lain (memburukkan anda, menggunakan anda dll).



Ramai wanita/lelaki yang kurang kenal lelaki/wanita atau terlalu inginkan teman adakalanya akan termakan dengan seorang  penipu "manipulator". Jadi jangan terlalu cepat percayakan seseorang atau terlalu mengikuti kehendak mereka. Jauhkan diri anda jika anda merasakan dia seorang penipu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan