Sesi percuma untuk wanita 19hb Oktober!

Minggu lepas saya telah buat satu sesi campur di It's A Grind, Cyberjaya, dimana kita berbincang tentang pengalaman masing2 berkenalan dengan lelaki & perempuan online, berapa lama masa mereka akan tunggu untuk mengajak seorang perempuan itu keluar, berapa banyak emel/inbox atau orang yang mereka akan tegur sebelum mendapat respon dan sebagainya.

Oleh kerana ada beberapa isu yang mungkin ketinggalan dan tips yang tak dapat dikongsikan bersama pihak wanita, saya mengadakan satu sesi lagi pada hari minggu ini, Ahad 19hb.  Jika anda mencari jalan utk berkenalan dengan lelaki, antara medium yang senang zaman sekarang adalah penggunaan sosial media. Tetapi dimasa yang sama selain dari menambah kenalan, kita juga akan berhadapan dengan scammers - tak kira wanita atau lelaki. 

Jadi, pada sesi hari Ahad ini selain dari berbincang tentang bagaimana untuk menambah kenalan online, apakah yang anda patut jangka dari berkenalan seseorang online dan macam-macam topik lain, kita juga akan bincang soal keselamatan dan bagaimana profil seorang wanita boleh menarik scammers ataupun mengelak mereka dan menarik perhatian mereka yang mencari.

Anda hanya perlu menjadi ahli http://findmychemistry.com untuk sertai sesi ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan