Memaparkan catatan dengan label putus hubungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label putus hubungan. Papar semua catatan

Memutuskan hubungan dan meneruskan hidup


Minggu ni beberapa wanita meminta nasihat dengan saya bagaimana hendak memutuskan hubungan dan meneruskan hidup seperti biasa. Ini yang saya kongsikan:

#1 Betul-betul fikirkan/putuskan jika anda benar-benar mahu mengakhiri perhubungan anda, atau anda mahukan waktu untuk fikirkan tentang perhubungan anda
#2 If korang decide nak break up, once done jangan contact dia lagi - no texting, no answering calls, no checking their social media status. Jangan ambil tahu apa2 tentang mereka - itulah the whole point of breaking up!
#3 First day korang upset or marah atau rasa lega korang akan rasa ok, tapi esok atau lusa bila dia text dan say sorry, how are you, why don't you talk to me dll korang akan rasa kesian, tak sampai hati - tu semua nonsense. Be strong!
#4 Buat list baik/buruk dia. Bila you sedih, lebih mudah you nak ingat segala yang baik tentang dia, kenangan manis. Jadi bila you terasa macam tu, tengok balik list you. Ingat kembali mengapa anda memutuskan untuk tidak lagi mahu bersama dia.
#5 Cari kawan2 yang memahami situasi anda. Keluar dan luangkan masa bersama kawan-kawan atau sibukkan diri dengan kerja anda. Dengan cara ini anda tidak begitu sibuk hendak check telefon anda atau fikirkan tentang dia. 
#6 Jika anda teringat nak text dia atau "oh, I just nak tanya dia apa khabar" STOP. Lebih baik anda text mak/ayah/adik beradik anda dan tanya mereka apa khabar atau kawan2 anda.
#7 Doa melupakan seseorang : Taha 115 (sila rujuk sendiri)

Dating detox/ Breaking your dating pattern adalah kelas coaching baru saya untuk 2014. 

Ingat, perbualan dengan seseorang yang tidak pergi ke mana, yang menghilang, datang bila dia suka, cakap apa dia suka, janji, lepas tu mungkir janji adalah "whatever" lantak lah dia. Kenapa you patut layan dia? Adakah itu layanan yang anda mahukan? In fact, anda tak perlukan closure. Ramai wanita atau lelaki rasa dia perlukan closure di mana dia rasa dia ingin bincang atau beritahu yang dia tidak mahu lagi bersama, only to find yang the other person akan cuba dapatkan dia kembali dan ulang proses yang sama berulang-ulang lagi!

Jangan hubungi dia kalau anda rasa:
  • sunyi
  • sedih
  • anda ada emergency
  • jangan check twitter dia, facebook dia, instagram atau apa2 social media dia guna
  • anda ingin tahu khabar dia
  • anda sedih tentang sesuatu yang lain dan inginkan seseorang mendengar keluhan anda
It is not about hating him or her forever. It is about trying to forget and moving on. Once you are ready and totally over yes, you boleh jadi kawan, some people can and others don't. Anggap mereka ni telah mengajar korang an invaluable lesson tentang hidup dan hubungan. And that you deserve better!

To know more about my new or other classes, simply click here or email straight to contact@findmychemistry.com.

Kenapa lelaki/perempuan call lepas break up bila dia tak ada niat nak sambung hubungan?

Sesetengah antara kita ada yang mengalami break-up atau putus hubungan yang sangat menyakitkan hati. Sedih sangat2...frustrated, betul2 down and terasa sangat-sangat hopeless. Lepas berminggu anda dan dia tak berhubung atau berbulan-bulan, tiba2 dia call.
Bila mereka call, ingat, yang bila mereka call, tak semestinya bermakna mereka ini mahu sambung hubungan mereka dengan anda. Apa yang anda fikir, tak sama dengan apa yang orang lain fikir. Just because bila you putus hubungan tu you were so frustrated, so broken hearted tak semestinya orang lain faham. Walaupun mungkin korang ada kawan2 yang bagitahu ex korang " I rasa tak payahlah you contact dia. Dia sedih sangat pasal break up korang. I rasa dia baru ok and moving on with her life...so biarlah dia" mamat tu atau awek tu tetap akan rasa " oh, I saja nak call tengok dia apa khabar". They don't really care or understand why you are so hurt in the first place or even think you have probably moved on.
You pulak, lepas being so frustrated dengan apa yang jadi, hati sedih semua, bila dia call, you rasa..so dia call. And kalau dia call mesti dia nak get back sebab dia faham yang I tersangat sedih bila kita break up. No, no and no.You mungkin ingat dia tukar fikiran dia ke apa. Jangan menganggap apa2 bila you dalam situasi macam ni. Terus tanya dia:
1) Kenapa you call?
2) Apa tujuan you call?
3) Apa yang you nak?
4) Panggilan you ni untuk apa?
Macam sangat kasar kan? Tapi kebanyakkan perempuan (atau mungkin juga lelaki) bila ex mereka contact balik...mereka tidak pernah tanya apa tujuan mereka menghubungi. Sebab kenapa tak tanya dia ialah kerana tak mahu nampak macam mereka tak pasti dengan diri sendiri, mereka tak nak nampak seperti mereka masih teringat-ingatkan dia, beriya-iya, mereka nak nampak seperti mereka ok, mereka faham, it's cool dan sebagainya. Bila you tak tanya, situasi tu tak jelas dan kalau anda yang dalam keadaan yang masih mengharap, anda mungkin rasa dia serius untuk berbaik semula padahal mereka cuba nak tahu apa khabar. Jadi jangan buat andaian apa2. Terus tanya soalan2 kat atas. Ingat, apa anda rasa tak semestinya orang lain rasa, apa anda fikirkan tak sama dengan apa mereka fikir.
Basically, mereka ni call sebab "saja nak test" saja nak tengok macam mana situasi. Kalau anda masih single dan dia masih single, mungkin saja2 nak ajak pergi minum, saja nak isi masa free untuk say hello dan bukan sebab mereka nak cari anda balik. Ingat untuk bertanya "kenapa?" jika mereka telefon/hubungi anda.