5 cara untuk melupakan sebuah hubungan!

Semua orang tahu untuk melupakan sesebuah hubungan itu memang sangat sukar. Tapi takkan kita nak bersama dengan orang yang tak sayang kita atau tak boleh menggembirakan kita. Kehilangan seseorang adalah antara suatu pengalaman yang paling sukar untuk kita hadapi dalam hidup...terutamanya apabila orang yang kita sayangi sudah tiada.

1. Terima hubungan itu telah berakhir
Terimalah, yang kamu tak boleh control situasi ini. Anda kena terima kisah cinta anda telah tamat.Ya, anda kena terima hakikat ianya sudah berakhir.Kadang2 anda mungkin terfikir dia akan datang balik...tapi terimalah kemungkinan untuk dia pulang kepangkuan kamu sangat tipis.
Ingatlah anda memutuskan hubungan kerana atas sebab-sebab tertentu. Yang pastinya anda sudah mempunyai masalah sebelum anda /dia memutuskan untuk mengakhirkan hubungan.

2. JANGAN CONTACT ex anda lagi
Jauhi ex anda. Jangan call, jangan sms, jangan email nak sibuk2 tanya khabar itu ini. Cuba fikirkan betapa sukarnya untuk kita meneruskan hidup tanpa dia jika dia masih dalam hidup kita?
Walaupun ramai yang fikir mungkin kita boleh berkawan?....boleh tapi bukan sekarang, bukan bila anda baru saja break up. Mungkin beberapa bulan lagi atau tahun. Berkawan selepas break up hanya menambah kesedihan anda.

3.Berduka kerana kehilangan
Bila kita break up, memang lazimnya kita akan kesedihan, rasa kesorangan, marah, malu, confuse, tak tentu dan mungkin jealous.
Saya selalu beritahu mereka dlm private group saya atau di page saya untuk biarlah sedih sepuas-puasnya. Kita hanyalah manusia, kesedihan memang lumrah, it's what make us human. Ianya satu phase yang kita kena lalui untuk melepaskan segala perasaan kita itu. Jangan anggap perasaan itu sebagai negatif atau tidak baik. Ianya normal (walaupun anda mungkin tak rasa macam tu sebab ianya membuat anda rasa teruk), sebab ia adalah proses kehilangan seseorang.
Ada juga yang memilih untuk meninggalkan saja proses perasaan ini tetapi sebenarnya mungkin waktu anda ambil untuk recover lebih lama dari mereka yang menangis kesedihan.

4.Tumpukan perhatian kepada diri anda
Pada permulaan perpisahan anda mungkin bercerita tentang kisah break up anda dan memikirkan hal dia. Itu memang normal.Tapi akan tiba satu masa dimana anda kena berhenti - bila ianya berlaku fokus terhadap diri anda.
Ramai antara kita bila berada dalam sebuah relationship, kita akan mengutamakan partner kita. Sekarang mereka tiada lagi, tumpukan lah perhatian kepada diri anda - belilah laptop yang anda nak tu, pegi lah holiday anda idamkan dan buat semua benda yang anda teringin.

5. Belajarlah dari pengalaman anda
What doesn't kills us only makes us stronger. Ambillah ikhtibar untuk tidak mengulangi lagi kesilapan anda. Ini adalah antara cara untuk kita get over. Ambillah waktu untuk memikirkan tentang apa yang berlaku. Bayangkan apa ex anda lalui yang membuat dia sedih, marah atau curang terhadap anda. Cuma fahamkan apa  yang membuat mereka ingin keluar dari hubungan anda.

Gunakanlah pengalaman anda ini untuk hubungan anda yang seterusnya semoga anda akan berjaya.



2 ulasan: