Ciri calon suami



Ladies, carilah ciri2 calon suami berdasarkan turutan kepentingan ini...insyaAllah.
1. Agama.
Ciri pertama ialah untuk memilih lelaki Muslim. Sudah tentu kita nak yang berilmu, soleh dan beriman…tetapi kadang2 agak sukar untuk jumpa. Jadi carilah mereka yang sentiasa mencari ilmu, mencari jalan untuk menjadi manusia yang lebih baik dan menjauhkan diri dengan perkara mungkar.
Kita juga harus meningkatkan pengetahuan kita…janganlah kita mengharap bakal suami kita sahaja yang tahu. We too have the rights to tell our husbands what is right from wrong. There is always room to improve ourselves to become a better Muslim.
If you happen to get to know someone who is non Muslim…introduce them to Islam first. Let them learn about the religion sebelum dia buat decision untuk kahwin dengan anda.         
2.Famili
Agama islam sangat menitik beratkan hubungan keluarga. Carilah mereka yang sayangkan ibubapa mereka. Carilah calon yang mengambil berat tentang keredhaan ibubaapanya atau mencari jalan  untuk mendapatkan restu jika mereka tidak begitu merestui untuk berkahwin dgn anda.
3.Ciri Kepimpinan.
Lelakilah leader dan pengawal terhadap kaum wanita – jadi carilahlelaki yang ada ciri2 kepimpinan. Bukan senang nak cari…antara caranya bagi lah dia a situation where he needs to solve atau ask him to plan something dan tengok bagaimana dia ambil serius tentang plan tersebut.
Sikap kepimpinan ni boleh dipupuk…kalau dia kurang ada leadership skill berilah dia peluang utk improve diri dia.
4. Kewangan.
A responsible husband bertanggungjawab untuk memberi wang(nafkah) kepada isterinya. Suami yang mempunyai isteri yg kaya still kena bagi duit kepada isteri sebab itu memang tanggungjawab dia dan hak seorang isteri terhadap suami. Tak semestinya suami kaya saja baru boleh bagi wang, kalau suami tidak pun cukuplah dia memberi dengan kadar yang mampu.Suami tak boleh suruh isteri keluarkan wang untuk perbelanjaan keluarga jika dia tidak rela. 
5. Akhlaknya (character)
Akhlak ni merangkumi banyak benda – dari segi pakaian, kebersihan, cara bercakap, mendengar, humbleness, openness to accept critics, coolness (tidak cepat melenting), strict, honest dan segala perangai yang baik2. Perhatikanlah layanan dia terhadap ibubapa, kawan2, kanak2, orang tidak berkemampuan, OKU…servers kat restaurants dan sebagainya. Pasti anda dapat menilai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan