Dating Rules - Jangan buat

1. Janganlah nampak terlalu desperate. Kalau boleh janganlah hantar message bertubi - tubi lepas date anda kalau anda suka dengan si dia. Mungkin 1 kali -untuk pastikan dia selamat sampai dirumah. Dan pernah dengar the 3 day rule?Tunggu 3 hari untuk contact dia supaya anda tak nampak desperate;)

2.Jangan lambat sampai untuk date anda. Kalau lambat inform awal. Kalau lambat juga, pastikan anda minta maaf.

3.Jangan nampak macam anda terlalu free. Kalau dia sms etc tanya buat apa tu...dan anda asyik kata tak ada apa...anda mungkin nampak tak interesting, tak menjaga diri (ladies lah),  tak ada kawan, tak ada activity yang anda suka buat...nanti mereka akan ingat anda ni membosankan sebab takde benda yang menarik berlaku dalam hidup anda.....zzzzzz

4.Jangan cerita banyak sangat tentang diri anda waktu date pertama dan seterusnya. Kalau tau semua nanti takde yang exciting....takde benda nak diceritakan lagi next time keluar. Untuk mengenal seseorang itu mengambil masa, jadi relax enjoy the company dan fokus tentang perkara yang menarik perhatian anda berdua.

5. Jangan abaikan keselamatan diri. Pastikan anda charge telefon anda penuh. Beritahu kawan atau keluarga anda dimana anda akan pergi untuk date anda, pukul berapa dan anggaran. Bagi mereka yang menggunakan servis saya, kalau tak nak bagitahu sesiapa pun ok, sebab saya ada contact anda...but please sms saya setelah selesai dating atau tinggalkan saya nombor emergency contact anda.

6. Jangan kenalkan dia dengan kawan anda! Kalau anda lambat dan ada kawan yang mungkin meminati date anda...mungkin kawan anda akan melangkah cepat dari anda!

7. Jangan jumpa kawan dia dulu diwaktu permulaan dating. Kadang-kadang mungkin benda tidak menjadi...kalau mereka kenal anda, mereka akan berkata atau mungkin anda akan merasa kekok sekiranya anda keluar dengan kawannya dimasa depan.

8. Jangan terlalu mengharap. Ramai yang terlalu mengharap walaupun baru berjumpa pertama kali. Jangan. Keep cool...Mungkin dia telah berjumpa beberapa orang sebelum anda...dan memilih yang sesuai.Sekiranya anda bukan pilihan dia, tidaklah hati anda terluka dan anda boleh cari date yang setrusnya.

9. Jangan telefon kawan2 anda dan bagitahu " I've just met my future husband!"....kawan2 perempuan....jangan buat ya...kalau tak jadi malu je!

10.Dan last sekali jangan cerita tentang hubungan anda yang lepas. Yang lepas biarkan lepas;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan